Kelas Tutorial Penggunaan Live Streamyard bersama dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak melalui Online Zoom
19 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mac 2021, telah diadakan kelas secara atas talian melalui aplikasi Zoom bersama dengan pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB Sarawak) tentang cara penggunaan Stream Yard Live Streaming Studio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan tutorial cara penggunaan Live Streamyard kepada pihak panel JBALB yang bakal terlibat dalam sebuah Program Bual Bicara Santai anjuran Menarik di Bau (MDB) pada 19 Mac 2021.
Program tersebut bakal bersiaran secara langsung di Facebook Page MDB melalui aplikasi Live Streamyard. Oleh itu, pihak panel dari JBALB Sarawak yang terlibat dalam program itu telah menyertai sesi tutorial secara Online Zoom ini untuk mengetahui tentang cara mendaftar dan log masuk ke laman web streamyard.com. Selain itu, mereka turut diterangkan tentang fungsi-fungsi asas yang terdapat dalam aplikasi Streamyard. Pihak JBALB Sarawak turut diberi perkongsian tentang kaedah menyampaikan pembentangan kandungan slaid secara maya agar dapat mempersiapkan diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: