ICT Explorace sempena Hari Bersama Komuniti PI Skio
3 April 2016 | Aktiviti Terkini
Bau, 2 April 2016: Pusat Internet 1 Malaysia Tanjong Bowang telah mengadakan aktiviti ICT Explorace sempena Hari Bersama Komuniti PI Skio. Lokasi aktiviti ini diadakan adalah di Pusat Internet 1 Malaysia Skio.
Tujuan ia adalah untuk melihat sejauh manakah kemahiran ICT yang dimiliki oleh para pelajar dan juga untuk menerap kerjasama yang ada dikalangan ahli kumpulan dalam setiap tugasan yang diberikan. Aktiviti ini bagus untuk menyemai semangat kerjasama dalam setiap kumpulan melalui tugasan. Ia juga untuk melihat sejauh mana pemahaman peserta dalam penyampaian mesej Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: