Permainan KDB sempena Hari Bersama Komuniti PI Skio
3 April 2016 | Aktiviti Terkini
Bau, 2 April 2016: Pusat Internet 1 Malaysia Tanjong Bowang telah mengadakan aktiviti permainan KDB bersempena Hari Komuniti PI Skio dan ia dijalankan di Dewan Serbaguna PI Skio. Aktiviti ini adalah Kempen Keselamatan,Tanggungjawab & Waspada KDB dikalangan pelajar. Dalam masa yang sama, ia juga untuk pengisian waktu lapang dengan aktiviti kuiz KDB.
Kebaikan aktiviti ini dijalankan adalah unuk memupuk sikap positif ketika melayari internet, memeriahkan suasana hari Komuniti dan memastikan pelajar sentiasa beringat dan berwaspada ketika berada di atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: