Taklimat KDB Funniest
1 Mei 2016 | Aktiviti Terkini
Bau, 30 April 2016: Pusat Internet 1 Malaysia Tanjong Bowang telah mengadakan akiviti Taklimat KDB Funniest anjuran MCMC. Kami telah membuat kelas Kempen Klik Dengan Bijak dan juga memberikan penerangan tentang pertandingan KDB Funniest Video 15 Second.
Tujuan taklimat ini dijalankan adalah untuk memupuk sikap positif & tanggungjawab ketika melayari internet iaitu dengan menghasilkan video menggunakan aplikasi VivaVideo. Pertandingan ini dibuat ialah untuk melihat sejauh mana pemahaman peserta dalam penyampaian mesej Klik Dengan Bijak selain daripada kreativiti yang dimiliki.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: