Kelas keusahawanan, Membuat Biskut Tart Nanas
29 Mei 2016 | Aktiviti Terkini
Bau, 28 Mei 2016: Pusat Internet 1 Malaysia Tanjong Bowang telah mengadakan Kelas Keusahawanan ini di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Serasot. Tujuan kelas ini untuk memberi tunjuk ajar secara praktikal cara-cara membuat biskut tart nanas gulong. Ia juga dapat memberikan idea tentang biskut-biskut yang mudah dihasilkan dan dijual serta melahirkan pengusaha Biskut Tart Nanas. Dengan meningkatnya permintaan biskut di kawasan Bau, ini menyebabkan kami harus menambah lagi pengusaha biskut memulakan perniagaan mereka. Kebaikan yang dapat dari kelas ini adalah memupuk sikap positif dan tanggungjawab ketika melayari internet, merapatkan kakitangan PI dengan komuniti dan membantu memberi idea untuk diusahakan oleh kaum wanita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: