Keusahawanan-Penghasilan Soft Ice Cream & Chocolate Homemade bersama kaum Ibu Kampung Serasot
07 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini
Bau, 6 Ogos 2016: PI Tanjong Bowang telah mengadakan Kelas Keusahawanan-Penghasilan iaitu menghasilkan Soft Ice Cream & Chocolate Homemade bersama kaum Ibu Kampung Serasot. Aktiviti ini dijalankan di Bilik Gerakan Kaum Ibu Kpg.Serasot dan dihadiri oleh 50 orang kaum ibu. Kelebihan yang dapat dari aktiviti ini adalah peserta akan mempunyai pemahaman terhadap langkah-langkah untuk memulakan dan menjalankan perniagaan. Bukan itu saja, peserta juga boleh membantu memberikan idea yang boleh diusahakan oleh golongan wanita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: