Kelas ICT (Membuat Website, Blog, Poster,Video)
11 Februari 2016 | Aktiviti Terkini
Bau: 10 Februari 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Tanjong Bowang mengadakan kelas Membuat Website, Blog, Poster dan juga belajar membuat video menggunakan movie maker. Kelas ICT ini telah disampaikan oleh Pengurus PI Tanjong Bowang, Alfrena Ann dan telah dibantu oleh Penolong Pengurus, Christopher Edwin. Semua peserta telah mempelajari cara membuat Website dengan menggunakan perisian WIX, manakala membuat blog mereka belajar menggunakan SimpleSite. Pelajar sekolah rendah dan menengah pula didedahkan untuk menggunakan aplikasi yang ada di computer seperti Microsoft PowerPoint dan Movie Maker.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: