Kelas asas ICT (Paint dan Online Colouring) Bersama Kanak-kanak TADIKA KEMAS Tanjung Poting, Singai dan Permainan Klik Dengan Bijak (Action Kamen)
10 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Bau: 9 March 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Tanjong Bowang, Singai telah mengadakan satu Kelas Asas ICT bersama pelajar-pelajar TABIKA KEMAS Tanjung Poting yang diketuai oleh cikgu Mary. Mereka belajar melukis dan mewarna menggunakan Paint dan juga telah belajar mewarna secara diatas talian(Online Coloring). Kelas ini sangat berguna dimulakan dari mereka kecil lagi supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan komputer. Ia juga mewujudkan suasana ICT yang gembira dan menarik bersama kanak-kanak dan juga dapat menerapkan lagi kempen keselamatan KDB dalam penggunaan internet di kalangan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: