Hari Bersama Komuniti PI Tanjong Bowang
15 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Bau: 14 March 2016, Pusat Internet telah mengadakan Hari Bersama Komuniti yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Tanjong Bowang dan di Balai raya Kampung Tanjong Bowang. Hari Bersama Komuniti ini diadakan bertujuan untuk mengadakan sambutan hari terbuka PI Tanjong Bowang disamping memupuk kerjasama yang lebih erat diantara komuniti setempat serta agensi-agensi atau jabatan-jabatan yang terdapat di sekitar PI Tanjong Bowang.
Selain itu ia juga bertujuan untuk mempromosi semula PI kepada masyarakat setempat. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti Online Colouring untuk kanak-kanak TABIKA KEMAS, ICT Explorace untuk pelajar sekolah rendah, sukaneka bersama ahli PI,senam pagi bersama pegawai PDK,taklimat KDB dan KDB Games.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: