Kelas asas ICT (Microsoft Word) Bersama Suri Rumah Kampung Serasot Bau
8 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Bau: 7 Mac 2016, Kelas asas ICT bersama suri rumah di Kampung Serasot ini dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Serasot. Program ini disampaikan oleh Pengurus PI Serasot, Encik Benjamin anak Asin dan dibantu oleh Pengurus PI Tanjong Bowang , Cik Alfrena Ann Jeris serta Pengurus PI Bogag, Cik Laila Ahniaw. Tujuan kelas ini diadakan adalah supaya setiap suri rumah tahu mengenai asas-asas Microsoft Word, asas-asas menaip dan juga supaya membantu kaum ibu sama-sama celik IT bersama golongan muda pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: