Kelas Keusahawanan, Ceramah Digital Ekonomi & Kempen Advokasi Sempena Program Ekspedisi Bengoh UNIMAS Kerjasama UNIMAS & PI Bau
07 December 2017 | Aktiviti TerkiniBau, 6 December 2017: Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Bowang telah bekerjasama dengan PI Krokong dan juga UNIMAS telah mengadakan Kelas keusahawanan, Ceramah Digital Ekonomi & kempen Advokasi sempena Program Ekspedisi Bengoh UNIMAS kerjasama UNIMAS & PI Bau. Kelas ini bertujuan untuk mendekati komuniti di Kawasan Krokong dengan menjalankan program bersama komuniti di sekitar Krokong.
Bukan saja itu, ia juga untuk memberi pendedahan kepada Digital Ekonomi dan pendedahan tentang cara membina website pernigaan yang mudah untuk para usahawan. Para peserta diberi Kelas fotografi dan mendedahan mengenai keselamatan menggunakan alatan elektronik melalui kempen Advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: