Pendidikan
Terdapat sebuah sekolah tabika kemas di Kampung Atas, iaitu Tabika Kemas Kpg Atas. Majoriti penduduk Kpg Tanjung Bowang menghantar anak-anak mereka ke Tabika terseut kerana lokasinya yang terdekat dengan Kampung Tanjung Bowang.
Selain itu, terdapat juga Sekolah Kebangsaan Kpg Atas yang berada berdekatan dengan Kpg Tanjung Bowang.
Walau bagaimanapun, untuk meneruskan pendidikan menengah, pelajar-pelajar perlu pergi ke Bandar Bau. Terdapat dua buah sekolah menengah yang menjadi pilihan penduduk dari kawasan Singai iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Lake (SMK Lake) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bau (SMK Bau).
Tabika Kemas Kpg Atas
Prasekolah SK Atas
Sekolah Kebangsaan Kpg Atas
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Singai