Program Celik IT bersama SK.Grogo
19 April 2018 | Aktiviti TerkiniBau, 16-18 April 2018: Program Celik IT Sk.Grogo ini merupakan program kerjasama antara SK.Grogo dan PI Bau dan telah diadakan di PI Sibuluh. Pelbagai aktiviti ICT dan kempen advokasi telah dijalankan sepanjang tiga hari program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah kelas M.Word dimana pelajar diberi pendedahan tentang penggunaan M.word seperti menaip, membuat jadual serta cara memasukkan gambar dalam M.Word.
Untuk kempen advokasi pula, para pelajar diberi taklimat, tayangan video dan online kuiz (KAHOOT). Topik-topik advokasi yang diketengahkan sepanjang tiga hari tersebut ialah maklumat palsu, cyber grooming dan Check your label.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: