Kursus Asas Jualan Shopee & Klik Dengan Bijak (Oversharing)
23 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 22 Disember 2020 telah diadakan kursus asas jualan shopee secara atas talian menggunakan Google meet. Peserta mendapat banyak ilmu yang bermanfaat dalam kursus ini seperti memupuk minat untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan, membantu menambahkan pendapatan sampingan serta memperluaskan dan meningkatkan produk jualan. Di samping membantu pelajar ipta untuk menyiapkan tugasan mereka dalam subjek Principles of Entrepreneurship. Turut diselitkan maklumat Klik Dengan Bijak untuk memberi pendedahan tentang oversharing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: