Kelas Asas ICT & Microsoft Word
16 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mei 2021, seorang ahli PIK Tanjong Bowang yang juga merupakan seorang pelajar telah menghadiri kelas secara individu iaitu Kelas Asas ICT dan Microsoft Word.
Petugas PIK Tanjong Bowang telah mengajar beliau asas ICT dari segi carian Google bagi mencari bahan kajian digital seperti jurnal dan tesis dengan melayari laman web yang berkaitan seperti CourseHero, Research Gate, Academia Edu dan Virtual Learning Resources Centre. Beliau turut didedahkan dengan penggunaan laman web Dewan Bahasa & Pustaka secara dalam talian bagi urusan kajian esei.
Selain itu, beliau turut mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar dari segi penggunaan Microsoft Word bagi urusan esei beliau. Beliau diajar cara mengatur ketetapan bagi Layout dan Margin yang bersesuaian dengan tugasannya.
Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: