Kelas Asas ICT, Canva dan Word Search KDB
17 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mei 2021, seorang ahli PIK Tanjong Bowang yang juga merupakan seorang pelajar telah menghadiri kelas secara individu iaitu Kelas Asas ICT, Canva dan Word Search KDB.
Pelajar ini telah mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas PIK berkenaan dengan carian Google bagi tugasan kerja sekolah beliau dengan melayari laman web yang sahih seperti Course Hero, Scholar dan beberapa laman blogspot pendidikan. Beliau turut diajar cara menggunakan Google Slides bagi tujuan pembikinan infografik.
Selain itu, beliau turut berpeluang belajar menghasilkan poster sempena Hari Guru menggunakan aplikasi Canva. Di dalam sesi ini, beliau mempelajari menggunakan kemudahan templat yang disediakan.
Pelajar turut diberi peluang untuk bermain permainan Word Search KDB secara atas talian sebagai sesi E-Learning agar dapat memanfaatkan masa yang ada. Turut diselitkan sesi Klik Dengan Bijak berkenaan topik Reputasi Digital, di mana pelajar diingatkan untuk menghindari perlakuan memuat naik status yang tidak sopan bagi mengelakkan konflik yang boleh meruntuhkan imej.
Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: