Program Advokasi KafeTEEN @ PIK Siri 3
20 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 November 2021, telah diadakan sebuah Program Advokasi KafeTEEN @ PIK Siri 1 bersama dengan anjuran PIK Sibuluh, Bau dengan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPLN) bertujuan untuk menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) kepada remaja di Malaysia. Program KafeTEEN Siri 3 diadakan dengan tajuk “Sudahkah Saya Bersedia:-Pengguguran, Pembuangan Bayi dan Rogol”. Di dalam sesi ini, para pelajar telah didedahkan dengan sub-topik seperti berikut:
- Jenis peringkat-peringkat perhubungan
- Definisi rogol
- Statistik remaja hamil di Malaysia
- Tanda-tanda kehamilan
- Bagaimana untuk mengelak kehamilan
- Risiko pengguguran
Selain itu, turut diadakan sesi permainan kuiz secara atas talian menggunakan Quizziz untuk menguji tahap pemahaman para pelajar mengenai topik yang telah disampaikan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pelajar dan mampu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memahami nilai dan tanggungjawab untuk menjaga tingkah laku seksual yang sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: