Perkongsian Asas Reka Bentuk Logo / Label Produk & Taklimat E-Waste & Check Your Label secara Live Streaming
21 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Tanjong Bowang telah berkolaborasi bersama Pusat Internet Komuniti Serasot dalam sesi live streaming seperti tetapan berikut:
Tajuk : Asas Reka Bentuk Logo / Label Produk & Taklimat Perkongsian E-Waste & Check Your Label
Tarikh : 20 Februari 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 am - 12.00 pm
Tempat : FB Live (Pusat Internet Komuniti Tanjong Bowang)
Perkongsian tersebut merupakan asas pengetahuan mengenai kepentingan mempunyai penghasilan logo atau label produk perniagaan untuk usahawan kecil. Para pengguna juga didedahkan dengan langkah-langkah asas sebelum penghasilan logo dilakukan dalam mencari dan membuat kaji selidik mengenai reka bentuk logo / label produk yang bersesuaian menggunakan bahan-bahan rujukan digital secara atas talian.
Selain itu, taklimat Check Your Lable bertujuan untuk mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Manakala, e-waste bertujuan untuk mendidik tentang cara mengitar semula dan membaikpulih peranti mudah alih anda.
Berikut merupakan pautan live streaming: https://fb.watch/3NR0mwCUkC/
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada penonton live streaming.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: