Kelas Asas ICT & E-Learning Bersama Komuniti Kg Atas Singai
30 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 29 April 2021, telah diadakan sebuah Kelas Asas ICT & E-Learning bersama dengan komuniti Kg Atas Singai.
Di dalam kelas ini, para pelajar telah diajar tentang asas cara penggunaan komputer seperti melayari laman web dan menggunakan platform Google untuk mencari bahan kajian dan dokumentasi.
Mereka turut diberi tunjuk ajar tentang cara mendaftar dan log masuk akaun emel. Turut diajar cara menukar dan menetapkan semula kata laluan emel agar lebih selamat.
Setelah itu, mereka turut mempelajari menggunakan aplikasi Zoom bagi tujuan menghadiri kursus Site Safety Supervisor yang telah diadakan secara atas talian menggunakan Online Zoom Meeting. Oleh yang demikian, petugas PIK telah memberi tunjuk ajar cara mendaftar dan log masuk aplikasi Zoom dan mempelajari cara-cara menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut bagi tujuan pembentangan.
Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua para pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: