Kelas Draw & Guess, Asas Typing & E-Learning
15 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 Disember 2021, telah diadakan Kelas Draw & Guess, Asas Typing & E-Learning bersama dengan dua orang pelajar Tabika Kemas Tanjong Poting.
- Draw & Guess
- Pelajar telah diperkenalkan dengan teknologi Touch Screen dan kewujudan Pen Tablet dan aplikasi Draw yang boleh digunakan untuk melukis dan menulis.
- Di dalam sesi ini, pelajar diminta untuk melukis gambar objek pada kad yang dipilih dan harus diteka oleh pihak yang lagi satu.
- Asas Typing:
- Pelajar ini telah diajarkan teknik asas untuk menaip menggunakan konsep Home Row huruf F & J di papan kekunci. Dengan ini, pelajar boleh mengawal menaip huruf di papan kekunci berdasarkan titik Home Row ini dan berlatih menggunakan kesemua jari-jemari sebagai latihan Typing
- E-Learning:
- Mereka turut diberi peluang untuk meneroka laman web abcya.com untuk sesi E-Learning, iaitu bermain permainan Super Santa. Di dalam permainan ini, para pelajar ini diuji dengan kemahiran dan ketangkasan menggunakan dan mengawal tetikus bagi mengumpulkan hadiah sebanyak yang boleh.
- Selain itu, mereka turut diberi peluang bermain permainan Make A Snowman untuk menguji kreativiti masing-masing dan kemahiran Drag and Drop item menggunakan tetikus.
Kakitangan PEDi Tj. Bowang amat berbesar hati dapat meluangkan masa bersama pelajar ini dan berharap segala ilmu yang disampaikan bermanfaat buat adik-adik ya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: