Klik Dengan Bijak & Permainan Draw & Guess
15 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 Disember 2021, telah diadakan sesi Klik Dengan Bijak & Permainan Draw & Guess bersama dengan dua orang kanak-kanak daripada komuniti setempat Kg. Tanjong Bowang.
- Klik Dengan Bijak:
- Di dalam sesi ini, kakitangan PEDi Tj. Bowang telah berkongsi beberapa topik utama seperti berikut:
- Kepentingan untuk berwaspada dengan penjagaan dan penggunaan media sosial seperti Facebook & WhatsApp.
- Tentang bahana ketagihan terhadap Permainan Online.
- Kewujudan, definisi dan cara menangani Scammer, sekiranya berhadapan dengan pelaku tidak bertanggungjawab itu melalui dalam talian.
- Selain itu, adik-adik turut diberi nasihat dan didikan mengenai tentang pentingnya menggunakan Internet secara sihat dan bertanggungjawab.
- Di dalam sesi ini, kakitangan PEDi Tj. Bowang telah berkongsi beberapa topik utama seperti berikut:
- Permainan Draw & Guess:
- Kakitangan PEDi Tj. Bowang telah mengambil inisiatif untuk mengajak kanak-kanak ini turut serta di dalam permainan Draw and Guess di samping memberi pendedahan kepada mereka mengenai kewujudan Pen Tablet yang boleh digunakan untuk melukis menggunakan teknologi touch screen dan juga aplikasi Draw.
Kakitangan PEDi Tj. Bowang amat berbesar hati dapat meluangkan masa bersama pelajar ini dan berharap segala ilmu yang disampaikan bermanfaat buat adik-adik ya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: