Microsoft Powerpoint, Permainan Atas Talian & Klik Dengan Bijak bersama pelajar STPM
7 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 Februari 2021, dua orang ahli PIK Tanjong Bowang telah berkunjung ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Tanjong Bowang untuk menyiapkan tugasan STPM mereka. Petugas PIK Tanjong Bowang telah membantu dan berkongsi teknik dengan para pelajar dalam menghasilkan infografik yang menarik menggunakan Microsoft PowerPoint. Pelajar turut diberikan tips dan teknik berkenaan pemilihan warna dan jenis “Font” sebagai elemen penting agar infografik dan slaid yang dihasilkan kelihatan menarik dan mudah difahami.
Para pelajar turut diperkenalkan dengan permainan atas talian iaitu “Word Search” sebagai alternatif medium pembelajaran. Turut diselitkan sesi perkongsian KDB berkenaan topik Buli Siber. Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat dan semoga maju jaya diucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: