Kelas Asas Resume Menggunakan Microsoft Word
16 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 Ogos 2021, seorang ahli PIK Tanjong Bowang telah menghadiri kelas secara individu iaitu Kelas Asas Resume Menggunakan Microsoft Word. Kakitangan PIK Tanjong Bowang telah mengajar beliau cara menggunakan Microsoft Word secara asasnya khas untuk menghasilkan resume berbentuk Functional Resume. Antara tips dan teknik yang telah dikongsikan kepada pelajar ialah:
- Menyusun informasi yang bertumpu kepada kemahiran, pengalaman dan pencapaian.
- Mengajar pelajar membuat ringkasan profil diri untuk membantu menonjolkan diri.
- Cara memasukkan gambar profil ke dalam Shapes di dalam Microsoft Word.
- Cara memasukkan Text Box dan menyunting ayat serta pemilihan Font Type jenis Sans-Serif yang sesuai dengan konsep formaliti.
- Pemilihan warna yang sesuai dengan tujuan permohonan pekerjaan.
Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: