Kelas Bimbingan: Job Employability (SPA)
19 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2022, kakitangan PEDi Tj. Bowang telah mengadakan sebuah Kelas Bimbingan: Job Employability untuk seorang pelajar lepasan SPM yang juga merupakan ahli aktif di PEDi Tj. Bowang.
Beliau telah mendapatkan bimbingan daripada kami tentang cara membuka dan mengisi akaun SPA dan membuat permohonan kerja Kerajaan secara atas talian.
Selain itu, kakitangan PEDi Tj. Bowang turut telah berkongsi mengenai maklumat tentang laluan perjalanan selepas SPM dan beberapa portal cari kerja lain yang bermanfaat.
Kakitangan PEDi Tj. Bowang berbesar hati dapat membantu beliau dan diharapkan Kelas Bimbingan yang disampaikan dapat memberikan manfaat.
Tahniah dan selamat maju jaya !
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: