Kelas ICT Kanak- Kanak (Secara Individu)
19 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2022, kakitangan PEDi Tj. Bowang telah mengadakan sebuah Kelas ICT secara individu bersama dengan seorang pelajar Tahun 1.
Di dalam kelas ini, pelajar telah didedahkan dengan jenis-jenis alat peranti telefon bimbit serta elektronik seperti kamera, tablet dan Powerbank. Pelajar turut telah diterangkan mengenai fungsi-fungsi alatan dan cara penggunaan.
Selain itu, kakitangan PEDi Tj. Bowang turut telah mengajar mengenai aplikasi laman Google dan Youtube. Pelajar telah diajarkan mengenai kewujudan dan fungsi Google Calculator, Google Translation dan Google Maps. Pelajar turut berpeluang mempelajari cara untuk menukar bahasa dan mendengar sebutan bahasa dari Malay- English, Malay – Chinese menggunakan fungsi Google Translation.
Seterusnya, pelajar turut mempelajari cara menaip di laman Youtube untuk menonton paparan video yang diingini seperti Didi and Friends. Di samping itu, kakitangan PEDi Tj. Bowang turut menyelitkan kesedaran kepada pelajar agar sentiasa berhemah dan berhati-hati dalam penggunaan Internet terutamanya di laman Youtube.
Tidak lupa juga, kami turut menyelitkan sesi bermain Jigsaw Puzzle bersama pelajar sebagai salah satu aktiviti selingan.
Terima kasih diucapkan kepada pelajar ini kerana telah hadir ke kelas dan semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat.
Selamat maju jaya diucapkan !
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: