Program Kelas ICT, E-Learning & Advokasi Bertemakan Hari Kebangsaan Sesi Ogos – September
23 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2022, PEDi Tj. Bowang telah mengadakan sebuah Kursus Latihan Pengendali Makanan anjuran bersama NZ Bunga Venture Consultant & Training yang telah dihadiri oleh 8 orang peserta daripada kalangan komuniti setempat.
Kursus ini telah diadakan secara dalam talian oleh pihak penganjur dengan kerjasama PEDi dalam menyediakan kemudahan komputer dan jaringan Internet serta WiFi untuk para peserta.
Selain itu, kakitangan PEDi Tj. Bowang turut meluangkan masa untuk berkongsi mengenai perkhidmatan yang disediakan di PEDi serta sesi ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak mengenai topik Keselamatan Kata Laluan kepada para peserta.
Terima kasih di atas penyertaan dan sokongan para peserta
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: