Kelas Asas Microsoft Office Word, Powerpoint Dan Excel Bersama Pelajar Sekolah Menengah
4 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 3 Disember 2022, PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan kelas asas Microsoft Office Word, Powerpoint dan Excel bersama dengan para pelajar sekolah menengah seperti ketetapan berikut:
- Tarikh: 3 Disember 2022
- Masa:
- Slot Pagi (8:15 pagi – 10:30 pagi)
- Slot Petang (10:30 pagi – 1:00 petang)
- Bilangan pelajar: 16 orang
Di dalam kelas ini, para pelajar dibimbing seperti berikut:
- Microsoft Office
- menaip menggunakan Microsoft Office Word
- membuat slaid presentasi menggunakan Microsoft Office Powerpoint
- memasukkan data kira-kira menggunakan Microsoft Office Excel
Selain itu, kakitangan PEDi Tanjong Bowang turut meluangkan masa untuk berkongsi mengenai perkhidmatan yang disediakan di PEDi serta sesi ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak mengenai topik Jenayah Siber kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: