Program Advokasi Cilik Sempena Cuti Sekolah
5 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 4 Mac 2023 (Sabtu), telah berlangsungnya program Advokasi Cilik bersama dengan 15 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada kalangan komuniti setempat.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya selama 1 jam 15 minit dari jam 10.00 pagi hingga 11.15 pagi, bertempat di PEDi Tanjong Bowang. Topik pembelajaran program ini ialah : Buli Siber & Sebarkan Kebaikan Di Dunia Siber.
Di dalam sesi yang pertama, Pengurus PEDi Tj. Bowang telah menyampaikan sebuah taklimat ringkas. Para pelajar telah diterangkan mengenai maksud Buli Siber, contoh perlakuan serta kesan Buli Siber terhadap mangsa. Mereka turut dinasihati agar segera melaporkan kejadian Buli Siber kepada orang dewasa yang dipercayai seperti ibu bapa, penjaga dan pihak guru, sekiranya menjadi mangsa kegiatan Buli Siber.
Kemudian, di dalam sesi yang kedua, para pelajar telah diberi peluang meneroka permainan Google Interland, dimana mereka dikehendaki bermain permainan Kind Kingdom: Share The Kindness, bersesuaian dengan tema pembelajaran.
Di dalam aktiviti tersebut, pelajar perlu menakluki tangga tertinggi di dalam Kingdom tersebut dengan menyebarkan kebaikan yang diwakili ikon "Love" serta "Good" kepada ikon-ikon internaut yang ada di dalam permainan tersebut. Mereka juga perlu mengelak dan menghapuskan ikon Troublemaker (pembuli). Pelajar yang berjaya menghabiskan permainan tersebut terlebih dahulu telah diberikan token ganjaran dan sijil Google Interland: Kind.
Di dalam sesi Educational Games tersebut juga telah berjaya memupuk semangat setiakawan dalam kalangan pelajar dimana ada antara mereka yang berpeluang membantu rakan-rakan mereka menghabiskan permainan dengan membimbing cara mengelolakan papan kekunci. Sesi ini amat membantu para pelajar untuk mengasah kemahiran menekan papan kekunci serta pemikiran kritis dalam mengatur strategi permainan. Pelajar turut berpeluang menjawab kuiz di dalam permainan tersebut untuk menambahkan pengetahuan.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada pihak ibu bapa serta anak-anak mereka. Pihak PEDi Tj. Bowang amat berbesar hati dengan penyertaan yang memberangsangkan ini serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa kerana sudi mendaftar dan menghantar anak mereka ke sesi ini.
Kami turut gembira dapat berkongsi kemahiran bersama adik-adik, dan berbangga dengan pencapaian mereka. Semoga sesi ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: