Sesi E-Learning Sempena Cuti Sekolah
7 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mac 2023 (Isnin), Pengurus PEDi Tj. Bowang telah mengadakan sebuah sesi E-Learning bersama dengan dua orang kanak-kanak setempat berusia 6 dan 7 tahun.
Kanak-kanak ini telah memanfaatkan cuti sekolah mereka dengan hadir ke PEDi Tj. Bowang untuk menggunakan komputer bagi tujuan pembelajaran dalam talian melalui platform-platform yang berasaskan Education Game-Based.
Antara butiran sesi pembelajaran mereka ialah:
a) Laman web National Geographic Kids:
- Sesi bermain Online Puzzle.
- Sesi bermain Matching Pairs di mana pelajar harus meneka dan memadankan kad yang sama.
- Sesi bermain Ocean Maze.
- Sesi mewarna secara digital.
- Sesi permainan dekorasi kek secara digital.
Di dalam kesemua sesi ini, pelajar telah berjaya mengasah kemahiran menggunakan tetikus serta papan kekunci dalam menyelesaikan tugasan masing-masing.
Syabas diucapkan kepada pelajar dan selamat maju jaya diucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: