Kursus Kemahiran Microsoft Office Word (Basic to Intermediate)
19 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 18 Februari 2023 (Sabtu), PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah Kursus Kemahiran Microsoft Office Word secara individu bersama dengan komuniti setempat. Kursus ini telah berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 12:00 tengahari.
Di dalam sesi kursus ini, peserta telah didedahkan dengan topik pembelajaran seperti berikut:
- Pengenalan Kepada Asas Microsoft Word
- Peserta diterangkan dengan fungsi Microsoft Word untuk menaip dokumentasi, memasukkan gambar, menghasilkan jadual, carta, bentuk dan banyak lagi.
- Peserta juga diterangkan mengenai jenis dan fungsi ‘Tab’ & ‘Ribbon’ yang ada di Microsoft Word.
- Sesi Pengukuhan Pengetahuan Microsoft Word
- Peserta telah diminta untuk melakukan latihan-latihan mengikut arahan dan contoh yang telah disediakan oleh staff PEDi Tj. Bowang.
- Peserta juga diberi kuiz pendek untuk menguji tahap kefahaman sepanjang kursus tersebut berlangsung.
- Perkongsian ‘Tips & Tricks’ di Microsoft Word
- Peserta telah didedahkan dengan tips & tricks yang ada dalam Microsoft Word untuk memudahkan kerja menggunakan aplikasi ini.
Pada akhir sesi, peserta telah diberikan modul dan sijil penyertaan untuk kegunaan beliau pada masa akan datang. Petugas PEDi Tj. Bowang berbesar hati dapat berkongsi ilmu dan kemahiran bersama peserta dan berharap ilmu yang disampaikan bermanfaat. Terima kasih diucapkan dan selamat maju jaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: