Kelas Bersama Golongan Dewasa (Power Point)
16 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini
Bau, 15 Ogos 2016: Pusat Internet 1 Malaysia Tanjong Bowang telah mengadakan Kelas Microsoft Power Point bersama golongan dewasa di bilik latihan PI Skio. Dengan adanya kelas ini, ia boleh membantu membangunkan kemahiran celik teknologi dewasa untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat. Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar golongan dewasa cara pembentangan menggunakan Power Point dan juga menjadikan cara penyampaian atau pembentangan menggunakan power point lebih menarik dan mudah difahami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: