Karnival Usahawan PI & Penglibatan PI Daerah Bau sempena Pesta Tasik Biru 2019
2 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 29 November sehingga 1 Disember 2019, bertempat di Dataran Tasik Biru telah diadakan sambutan Pesta Tasik Biru bagi tahun 2019 yang turut dihadiri oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi . Program ini telah diadakan selama 3 hari, bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Enam buah pusat internet di Daerah Bau termasuk PI Tanjong Bowang telah sama-sama terlibat dalam menjayakan pesta tersebut.
Penglibatan pusat internet dalam Pesta Tasik Biru ini bertujuan untuk memperkenalkan & mendekatkan Pusat Internet Daerah Bau kepada komuniti Tasik Biru, mempromosikan servis & perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Internet, membantu usahawan sekitar Pusat Internet memperkenalkan & memasarkan produk mereka di booth usahawan tajaan PI Bau, memberikan kesedaran tentang pentingya bertanggungjawab serta berwaspada ketika melayari internet melalui kempen KDB & Advokasi dan memberikan kesedaran tentang penutupan siaran analog myfreeview kepada pengunjung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: