Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Badul Homestay
Badul homestay , Jalan Badul kampung Atas Singai , Bau Kuching , Sarawak. Mempunyai reka bentuk seperti rumah panjang dengan enam bilik. Semua setiap bilik disertakan dengan penyaman udara.Setiap Bilik dicaj RM95/malam yang boleh memuatkan empat ke lima orang didalamnya.
Adis Buan Resort
Adis Buan Resort terletak di Kampung Segong , Singai Bau. Pemilik resort ini adalah Mr Disel Gonyeh . Tarikan utama resort ini adalah bahawa setiap rumah dan kemudahan yang dibina oleh beliau sendiri. Selain itu terdapat juga pemandangan alam semula jadi yang menarik minat para pengunjung.
Adis Tiporang Resort and Homestay
Satu lagi tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu di Kupuo Segong . Kemudahan yang disediakan seperti rumah rehat, pondok , dewan, barbeque pondok, dan kantin. Diuruskan oleh seorang guru menengah bernama Jessie James.