Kelas Microsoft Office bersama PDK Singai di PI Tanjung Bowang
18 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17.4.2019, Pusat Internet Tanjung Bowang telah mengadakan Kelas Microsoft Office bersama PDK Singai di PI Tanjung Bowang. Pada kelas hari ini, para peserta telah belajar menaip dan membuat jadual menggunakan Microsoft Word. Setelah beberapa kelas menaip dijalankan, peserta semakin mahir untuk menaip dan mengenali huruf di keyboard.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: