Kelas Microsoft Office (Words) – Resume & Klik Dengan Bijak (Buli Siber)
26 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 25 September 2020 (Jumaat), jam 2:30 petang sehingga 4:30 petang telah diadakan kelas Microsoft Office (words) dan Klik Dengan Bijak (Buli Siber) bertempat di bilik latihan PI Tanjung Bowang. Sebelum membuat resume, pelajar diberi pemahaman secara terperinci tentang perbezaan antara resume dan curriculum vitae. Setelah itu, pelajar diajar cara untuk membuat resume menggunakan Microsoft Words kerana mereka merupakan pelajar lepasan SPM dan ia adalah salah satu persediaan untuk memohon sesuatu pekerjaan pada masa yang akan datang. Turut diselitkan maklumat yang memberi manfaat kepada pelajar iaitu Klik Dengan Bijak tentang pembulian siber untuk memberi kesedaran dan pemahaman tentang bahayanya buli siber secara alam maya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: