Kelas Menaip, E-Learning & Kelas Asas Microsoft Word
16 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 Ogos 2020, Kelas Menaip dan Kelas Asas Microsoft Office telah dilakukan secara individu pada jam 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Sebelum memulakan kelas menaip, pelajar diterangkan bagaimana cara untuk menaip dengan menggunakan jari yang sesuai berdasarkan huruf di papan kekunci komputer dan menguji ketangkasan pelajar dalam asas menaip dengan menggunakan website typingclub.com. Di dalam kelas Microsoft Word, pelajar diterangkan tentang fungsi 'button' di dalam Microsoft office serta belajar menggunakan “shortcut keys” untuk meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: