Kelas Microsoft Word, E-Learning & KDB
10 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mei 2021, telah diadakan sebuah Kelas Microsoft Word, E-Learning & KDB bersama ahli PIK Tanjong Bowang secara individu.
Di dalam kelas ini, pelajar telah diajar mengenai cara menaip Surat Rasmi menggunakan Microsoft Word. Pelajar turut diberi tunjuk ajar tentang cara penggunaan fungsi ribbon yang ada di dalam Microsoft Word.
Selain itu, pelajar turut diberi perkongsian Klik Dengan Bijak berkenaan topik Buli Siber. Pelajar telah diterangkan mengenai definisi Buli Siber, langkah-langkah mengatasi isu Buli Siber serta diberi perkongsian mengenai contoh perlakuan Buli Siber.
Pelajar turut diberi peluang untuk bermain permainan kuiz Word Puzzle KDB secara atas talian berkenaan topik yang telah dipelajari untuk menguji tahap penguasaan dan pemahaman beliau.
Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: