Kelas Microsoft Word, Multimedia & KDB
11 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mei 2021, seorang pelajar yang juga merupakan ahli PIK Tanjong Bowang telah menghadiri kelas secara individu bagi mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas PIK bagi tugasan kerja khusus beliau.
Beliau telah mempelajari cara menaip dan menyusun papan cerita (Storyboard) bagi jalan cerita video animasi 2D menggunakan Microsoft Word. Beliau turut diberi perkongsian tentang cara penggunaan ayat dan kosa kata yang menarik bagi menerangkan jalan cerita.
Selain itu, beliau turut telah mempelajari cara menggunakan perisian Filmora sebagai perisian penyuntingan bagi video animasi beliau. Petugas PIK telah memberikan tunjuk ajar tentang cara penggunaan Tools yang ada di dalam Filmora dan juga fungsi-fungsi asas seperti Cut, Delete, Filters, Elements, Transitions dan Audio.
Turut diselitkan juga perkongsian ringkas mengenai topik Maklumat Palsu di dalam sesi Klik Dengan Bijak.
Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: