Kelas Suntingan Video Menggunakan Filmora dan KDB (Buli Siber)
14 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 September 2021, kakitangan PIK Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah kelas individu secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting berkenaan dengan kaedah suntingan video menggunakan perisian Wondershare Filmora.
Objektif kelas ini kepada pelajar ialah:
- Faham cara kerja perisian Filmora untuk video digital
- Boleh dan mahir menggunakan alatan asas perisian Filmora
- Boleh menghasilkan video yang ringkas di dalam format MP4
Antara sub-topik yang telah diajar di dalam kelas tersebut ialah:
- Pengenalan antaramuka dalam Filmora
- Asas editing dalam Filmora
- Memasukkan Effects, Transitions dan Elements
- Memasukkan dan edit Text dan Title
- Memasukkan muzik dan menyunting audio
- Export projek menjadi video dan memilih resolusi video
Di samping itu, topik bagi penghasilan video ini ialah berkenaan dengan topik Klik Dengan Bijak iaitu Buli Siber. Sambil mempelajari mengenai asas editing video menggunakan Filmora, pelajar turut diberi pendedahan mengenai jenayah Buli Siber.
Berikut merupakan pautan video Buli Siber yang telah dihasilkan oleh pelajar tersebut menggunakan Wondershare Filmora: https://fb.watch/7-HGOWTYW_/
Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: