Taklimat Pengenalan Platform Travel 360 Untuk Projek Kluster Menarik Di
15 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 September 2021, kakitangan PIK Tanjong Bowang telah menyertai sebuah taklimat ringkas bersama pihak Syarikat Travel 360 Sdn. Bhd di dalam sebuah sesi pembentangan cadangan Sistem Travel360.club yang telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Teams Online Meeting. Sesi taklimat ini turut disertai oleh 4 peserta yang juga merupakan pemilik tempat pelancongan di bawah Kluster Menarik Di Bau bersama beberapa penglibatan dari projek kluster yang lain.
Sesi taklimat ini merupakan inisiatif bagi projek kluster “Menarik Di” membantu mempergiat serta mempromosi tempat-tempat tarikan pelancong dan perniagaan setempat melalui platform berbentuk “one stop ecosystem”.
Travel360.club ialah merupakan sebuah pelantar digital yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan juga perancang perjalanan pintar untuk melancong di Malaysia. Selain itu, laman web Travel 360 https://travel360.club merupakan sebuah platform yang mempunyai ekosistem yang menyeluruh merangkumi aspek penempahan, promosi dan pembayaran serta memberikan pendedahan informasi tempat tarikan pelancong dan perniagaan secara end to end kepada warganegara Malaysia dan para pelancong.
Di dalam sesi taklimat pembentangan ini, pihak Travel 360 telah menerangkan secara terperinci mengenai matlamat dan objektif mereka dalam pemasaran iaitu dari aspek:
- Digital
- Jangkauan
- Strategi
- Tradisi
- Pelantar
Para peserta juga telah diterangkan mengenai demonstrasi ringkas penggunaan laman web Travel 360 berserta aplikasi mobil Travel 360.
Terima kasih diucapkan kepada yang telah menjayakan sesi taklimat ringkas ini dan semoga dengan adanya inisiatif ini, para usahawan setempat PIK akan berminat untuk terlibat agar dapat meningkatkan semula taraf ekonomi perniagaan masing-masing dalam bidang pelancongan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: