Kelas Animasi Menggunakan Animaker, E-Learning & KDB (Buli Siber)
19 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 April 2021, telah diadakan sebuah Kelas Animasi Menggunakan Aplikasi Animaker. Animaker merupakan sebuah aplikasi web yang boleh digunakan untuk membuat video animasi berbentuk 2D dengan hanya menggunakan templat yang telah disediakan.
Di dalam kelas ini, para pelajar telah didedahkan dengan fungsi-fungsi yang ada di dalam Animaker beserta cara penggunaannya. Selain itu, para pelajar turut diajar cara mendaftar akaun dan log masuk aplikasi Animaker menggunakan akaun email peribadi masing-masing.
Selain itu, turut diselitkan sesi perkongsian Klik Dengan Bijak berkenaan topik Buli Siber yang kian menular dalam kalangan belia. Di dalam perkongsian ini, para pelajar diingatkan untuk sentiasa berwaspada memuat naik kandungan gambar atau kenyataan secara atas talian dan menghindari daripada mengeluarkan kenyataan yang berbentuk kesat atau kecaman di laman sosial agar tidak terlibat dengan jenayah Buli Siber.
Para pelajar turut berpeluang menyertai dan menjawab kuiz secara atas talian menggunakan Kahoot berkenaan dengan topik KDB (Buli Siber).
Semoga perkongsian dan kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: