Kelas Asas Keusahawanan: Tutorial Reka Bentuk Label Pembungkusan Menggunakan PowerPoint
19 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 April 2021, telah diadakan sebuah Kelas Asas Keusahawanan secara Live Streamyard berkenaan dengan Tutorial Reka Bentuk Label Pembungkusan Menggunakan Microsoft PowerPoint.
Di dalam kelas ini, usahawan telah didedahkan mengenai kepentingan mempunyai label pembungkusan pada produk atau servis mereka. Antara kepentingan mempunyai label pembungkusan yang telah diketengahkan di dalam perkongsian itu ialah:
- a) Memperkenalkan diri
- b) Menarik perhatian
- c) Membezakan dengan pesaing
- d) Pemasaran
Selain itu, di dalam kelas ini turut ditunjukkan demo tutorial cara mereka bentuk label pembungkusan yang mudah dan menarik menggunakan Microsoft PowerPoint. Para usahawan didedahkan dengan fungsi dan penggunaan Tool di dalam PowerPoint yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk-bentuk menarik dalam penghasilan label produk mereka. Para usahawan turut diberi tunjuk ajar berkenaan dengan kewujudan beberapa laman web yang boleh dikunjungi untuk mendapatkan bahan-bahan penyuntingan dan reka bentuk label seperti:
- Laman Web Tulisan: Dafont dan Google Font
- Laman Web Gambar Menarik (High Resolution): Unsplash
- Laman Web Ikon: Flaticon
Semoga perkongsian dan kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan.
Berikut merupakan pautan kepada video Live Streaming bagi kelas ini: https://www.facebook.com/TjgBowang/videos/222050179683077
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: