Mengemaskini BPR, E-Learning & Klik Dengan Bijak
22 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2021, petugas PIK membantu dan memberi tunjuk ajar kepada salah seorang ahli PIK Tj. Bowang untuk mengemaskini borang Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara atas talian.
Selain itu, sedikit perkongsian Klik Dengan Bijak bertajuk fitnah yang bermaksud membuat kenyataan palsu yang boleh menjejaskan reputasi seseorang atau sebuah syarikat/organisasi serta permainan atas talian iaitu word search KDB.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: