Bual Bicara Santai Menarik Di Bau bersama Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) Jabatan Ketua Menteri Sarawak
22 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniMenarik Di Bau (MDB) telah berkolaborasi bersama Ketua Seksyen Governans dari Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) di dalam satu program bual bicara santai #MDBTalkSeries secara FB Live Streaming seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 21 Mei 2021 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Topik: Membudayakan Integriti Dalam Kehidupan
MDB Talk Series merupakan sebuah program baru yang dianjurkan oleh pihak FB Page MDB di bawah kelolaan Pusat Internet Komuniti di Daerah Bau sebagai platform untuk menampilkan dan berkolaborasi bersama pihak luar / industri dalam menghasilkan perbincangan mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi / inovasi, keusahawanan dan lain-lain.
Program Bual Bicara ini telah mengetengahkan isu penerapan dan pembudayaan integriti di dalam kehidupan. Perkongsian ini telah berkisarkan beberapa topik menarik yang antaranya ialah:
- Pengenalan definisi integriti
- Perbezaan integriti individu dan integriti organisasi
- Faktor-faktor menjejaskan integriti
- Pelaksanaan integriti dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam
- Budaya integriti dalam amalan norma masyarakat baharu
- Impak Covid-19 terhadap pembudayaan integriti individu
- Etika dan adab ketika melaksanakan mesyuarat atas talian
Sesi program Bual Bicara ini telah membincangkan sub-topik di atas dengan padat dan penuh informasi untuk dijadikan sebagai informasi yang bermanfaat kepada pengguna laman sosial.
Selain itu, turut diselitkan sesi perkongsian mengenai kemahiran insaniah mengenai kepentingan untuk memupuk nilai keikhlasan dan kejujuran secara professional ketika di alam pekerjaan. Para pengguna laman sosial turut diingatkan untuk sentiasa beradab dan beretika dalam mengeluarkan kenyataan atau memuat naik posting di laman sosial agar tidak mencemarkan integriti sendiri.
Berikut merupakan pautan Live Streaming: https://fb.watch/5GL1WuDv7B/
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: