Kelas Softskill, Penulisan Surat Rasmi dan KDB (Kongsi Maklumat Peribadi)
24 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mei 2021, telah diadakan kelas Softskill, Penulisan Surat Rasmi dan sesi Klik Dengan Bijak yang telah dihadiri oleh 5 ahli pelajar Pusat Internet Komuniti Tanjong Bowang.
Di dalam kelas Softskill, para pelajar telah didedahkan dengan topik Kerjaya dimana membincangkan mengenai peluang pekerjaan di dalam dunia media dan penyiaran serta cara memohon pekerjaan dengan teknik yang formal. Para pelajar turut didedahkan dengan kepentingan untuk menguasai Bahasa Malaysia sekiranya ingin memohon pekerjaan di dalam sektor perkhidmatan awam.
Selain itu, mereka turut mempelajari untuk membuat dan menaip Surat Rasmi menggunakan Microsoft Word. Di dalam kelas ini juga turut diselitkan tips penulisan Surat Rasmi. Di dalam kelas Microsoft Word ini juga diajar mengenai:
- Layout
- Fungsi Spell Checker
- Margin
- Pemilihan jenis dan saiz tulisan seperti “Times New Roman, 12”
Turut diselitkan juga perkongsian ringkas Klik Dengan Bijak mengenai topik bahana berkongsi maklumat peribadi di laman sosial.
Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: