Program Bual Bicara Santai Slot Inspirasi Usahawan Bersama Penyanyi Bidayuh dan Usahawan Butik, Patricia Olivia Dohem
19 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniMenarik Di Bau (MDB) telah berkolaborasi bersama Cik Patricia Olivia Dohem, merupakan seorang penyanyi industri muzik Bidayuh dan usahawan butik pakaian iaitu Orlee Couture di dalam satu program bual bicara santai #MDBTalkSeries secara FB Live Streaming seperti ketetapan berikut:
- Tarikh: 18 Julai 2021 (Ahad)
- Masa: 2.30 petang
- Topik: Kerjaya Sebagai Penyanyi Bidayuh dan Usahawan Butik
MDB Talk Series merupakan sebuah program baru yang dianjurkan oleh pihak FB Page MDB di bawah kelolaan Pusat Internet Komuniti di Daerah Bau sebagai platform untuk menampilkan dan berkolaborasi bersama pihak luar / industri dalam menghasilkan perbincangan mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi / inovasi, keusahawanan dan lain-lain.
Jadi pihak MDB telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan perkongsian bersama Cik Patricia mengenai perjalanan seni beliau sebagai penyanyi Bidayuh dan juga pembukaan perniagaan butik pakaian yang telah diusahakan.
Antara topik perkongsian yang telah dikupas ialah:
- Penglibatan awal dan perkembangan dunia nyanyian beliau
- Perjalanan mengenai penglibatan beliau di dalam program Pembangunan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
- Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menyeimbangi kedua-dua kerjaya
Sesi program Bual Bicara ini telah membincangkan sub-topik di atas dengan padat dan penuh informasi untuk dijadikan sebagai informasi yang bermanfaat kepada pengguna laman sosial serta dapat memberikan inspirasi kepada anak muda di luar sana yang ingin berkecimpung di dalam dunia keusahawanan.
Sesi ini turut mempunyai sesi Q&A di penghujung program di mana pengguna laman sosial mengajukan soalan-soalan dari ruangan komen Facebook.
Cik Patricia turut diberi peluang untuk mempromosikan perniagaan butik beliau kepada para penonton.
Berikut merupakan pautan Live Streaming:
https://fb.watch/6Pfxm8ypFW/
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: