Program Advokasi KafeTEEN @ PIK Siri 4
24 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 November 2021, telah diadakan sebuah Program Advokasi KafeTEEN @ PIK Siri 4 bersama dengan anjuran PIK Sibuluh, Bau dengan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPLN) bertujuan untuk menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) kepada remaja di Malaysia. Program KafeTEEN Siri 4 ini diadakan dengan tajuk “Abstinen dan Kad Imbasan, Kemahiran Penolakan”. Program ini juga mempromosikan dan meningkatkan capaian kepada aplikasi myKafeTEEN dan Kempen #AmbilTahuBagiTahu.
Di dalam sesi ini, para pelajar telah didedahkan dengan sub-topik seperti berikut:
- Tingkah laku yang membawa risiko kehamilan
- Tingkah laku seksualiti yang tidak sihat
- Definisi abstinen
- 5 jenis kemahiran teknik penolakan
Selain itu, turut diadakan sesi permainan kuiz secara atas talian menggunakan Quizziz untuk menguji tahap pemahaman para pelajar mengenai topik yang telah disampaikan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pelajar dan mampu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memahami nilai dan tanggungjawab untuk menjaga tingkah laku seksual yang sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: