Kelas Asas Keusahawanan: Reka Bentuk T-Shirt Menggunakan Microsoft PowerPoint & Klik Dengan Bijak (Cybergrooming)
26 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 25 April 2021, telah diadakan sebuah kelas Reka Bentuk T-Shirt yang merupakan salah satu skop di dalam Kelas Asas Keusahawanan.
Di dalam kelas ini, para pelajar telah diperkenalkan dengan asas perniagaan penjualan T-Shirt yang boleh dirangkumi kepada tiga jenis iaitu:
- Real-Branding
- Fast Cash
- Dropship
Mereka turut didedahkan dengan jenis-jenis dan teknik percetakan T-Shirt yang ada di dalam industri.
Setelah itu, para pelajar telah diajar cara dan teknik mereka bentuk T-Shirt dengan hanya menggunakan Microsoft PowerPoint sebagai perisiannya. Para pelajar turut diajar cara mengaplikasikan teori reka bentuk dan tips-tips reka bentuk yang menarik dan kacak dari sudut multimedia agar dapat diaplikasikan ke atas T-Shirt masing-masing seperti berikut:
- Layout
- Space
- Contrast
- Fonts
- Colour
- Creativity
Turut diselitkan juga sesi taklimat ringkas Klik Dengan Bijak berkenaan topik Cybergrooming. Di dalam sesi ini, para pelajar telah diingatkan untuk sentiasa berwaspada berhubung dengan individu di atas talian dan tidak terlalu mendedahkan profil diri di alam maya.
Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua para pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: