Kelas Asas ICT, E-Learning & Multimedia bersama Tabika Kemas Tanjong Poting
28 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 April 2021, telah diadakan sebuah Kelas Asas ICT, E-Learning & Multimedia bersama Tabika Kemas Tanjong Poting.
Di dalam kelas ini, para pelajar telah diajar tentang asas cara-cara penggunaan komponen komputer seperti tetikus, papan kekunci dan fon kepala. Mereka turut dikongsikan mengenai setiap fungsi komponen tersebut ketika mengendalikan komputer.
Selain itu, mereka turut diberi peluang untuk melayari laman web abcya.com untuk mempelajari ABC menggunakan intonasi audio dan visual yang ada di dalam laman web tersebut.
Setelah itu, para pelajar Tabika Kemas Tanjong Poting turut mempelajari sesi mengenal haiwan menggunakan aplikasi Animal Word AR di mana mereka berpeluang menggunakan aplikasi tersebut yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) untuk mempelajari struktur haiwan secara bentuk 3-dimensi.
Turut diselitkan juga sesi taklimat ringkas Klik Dengan Bijak berkenaan topik Permainan Online. Di dalam sesi ini, para pelajar telah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak terlalu ketagih akan Permainan Online agar tidak memudaratkan pelajaran serta kesihatan kendiri.
Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua para pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: