Aspirasi Usahawan Serba Boleh Bersama Usahawan & Pereka Fesyen, Sarema Putri.
18 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniMenarik Di Bau (MDB) telah berkolaborasi bersama Cr. Sarema Putri yang merupakan seorang usahawan dan juga pereka fesyen dari daerah Bau. Beliau merupakan pengasas kepada Sri Putri Collection, Sri Putri Bridal & Dressmaking, Sri Putri Hamper & Gift dan juga Fresh Bird Nest Sri Putri (minuman air sarang burung). Beliau telah bersama dengan pihak Menarik Di Bau di dalam satu program bual bicara santai #MDBTalkSeries secara FB Live Streaming seperti ketetapan berikut:
- Tarikh: 17 Oktober 2021 (Ahad)
- Masa: 2.30 petang
- Topik: Aspirasi Usahawan Serba Boleh
MDB Talk Series merupakan sebuah program baru yang dianjurkan oleh pihak FB Page MDB di bawah kelolaan Pusat Internet Komuniti di Daerah Bau sebagai platform untuk menampilkan dan berkolaborasi bersama pihak luar / industri dalam menghasilkan perbincangan mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi / inovasi, keusahawanan dan lain-lain. Jadi pihak MDB telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan perkongsian bersama dengan Sarema Putri berkenaan dengan perjalanan perniagaan beliau serta mengambil teladan agar dapat menginspirasi golongan belia / anak muda untuk tidak takut memulakan langkah pertama di dalam bidang keusahawanan
Antara topik perkongsian yang telah dibincangkan ialah:
- Penglibatan awal beliau di dalam bidang keusahawanan pakaian.
- Impak / kesan Covid-19 terhadap perniagaan beliau.
- Perkembangan terkini perniagaan beliau.
- Strategi perniagaan analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunities, Threats).
- Cara pengurusan masa serta tugas.
Sesi program Bual Bicara ini telah membincangkan sub-topik di atas dengan padat dan penuh informasi untuk dijadikan sebagai informasi yang bermanfaat kepada pengguna laman sosial serta dapat memberikan inspirasi kepada anak muda di luar sana yang ingin berkecimpung di dalam dunia keusahawanan khususnya bagi yang baru sahaja ingin bermula. Sesi ini turut mempunyai sesi Q&A di penghujung program di mana pengguna laman sosial mengajukan soalan-soalan dari ruangan komen Facebook. Tetamu jemputan turut diberi peluang untuk mempromosikan produk serta laman sosial perniagaan beliau kepada para penonton.
Berikut merupakan pautan Live Streaming: FB Live
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: